Tuesday, June 22, 2010

Tips Memulakan Perkenalan atau Berkomunikasi

Salam...


Oleh kerana saya juga baru di dalam arena blog ini, jadi ada beberapa tips yang nak dikongsi bersama bagaimana untuk memulakan komunikasi..ish-ish..sebenarnya saya juga amat kaku nak berkomunikasi terutama jika dengan orang yang baru kita kenal..aduh..apa nak cakap ya?.. kadang-kadang tu idea pun tak ada..habis satu topik then stop..aduh..memang situasi yang tidak best..kalau keluar dating..mesti jom lah cepat-cepat nak balik...tension...kalau partner kita tu memang kaki "merepek or kerepek or macam mak nenek"..banyak ler ceritanyer so kita tak payah keluarkan banyak idea...terus sambung or angguk-angguk geleng-geleng..hehehe...uiks..panjang lak mukadimah ni yer..okay..antara perkara-perkara yang dirasakan agak boleh dijadikan paduan adalah :-



1. Buangkan sikit rasa malu, segan dan ego dalam diri.. Jadi orang pertama yang start berkomukasi pun ok gak..contoh membuat sapaan"hai or apakhabar"..or paling senang senyum..ni taktik yang paling mudah kalau nak start berkomunikasi. Bila dah dapat respon yang positif, teruskan usaha anda seterusnya.. chaiyokk!! Kalau guna taktik lama nak tackle awek.." cam kenal jer awak nie or cam pernah jumpa la, tapi di mana ya.." hohoho... sorry pasti awek tu tak layan..or jam pukul berapa cik adik?..sila tanggalkan jam anda sekiranya ingin menggunakan taktik ini...hehe..ni contoh ajer...

2. Bercakap la tentang topik yang sama-sama minat atau cerita-cerita apa yang paling latest sekarang ni.. contohnya sekarang nie ramai yang cakap pasal World Cup..tapi tengok orang la pulak dia ni jenis macam mana..kalau dia tak minat world cup..jangan la pulak..nanti syok sendiri lak...huhuhu..kalau tak pun topik-topik yang ringan dan mudah. Jangan nak menyerabutkan kepala otak memikirkan masalah negara, ekonomi or politik.macam good-good jerkan. Carilah topik yang best dan senang partner kita tu menjawab..elak soalan-soalan yang sensitif seperti menanyakan hal-hal peribadi.. terutamanya jika baru kenal..ish..nanti tak pasal-pasal kena cop polis pencen pulak..hehe…tanyalah pasal hobi ker, muzik ker, sukan ker, movie ker, tempat makan yang best ker atau perkara-perkara yang sempoi la beb..
3. Kena jadi pendengar yang setia atau pendengar yang baik. Jika partner kita tu beri pendapat kenalah dengar dulu tau..jangan menyampuk atau nak membantah jer walaupun tak berapa setuju.. beri komen yang positif atau guna bahasa paling baik kalau tak setuju pun. Komunikasi yang baik bukan hanya terer bercakap jer..pendengar yang baik pun penting. (kalau dua-dua nak bercakap siapa nak mendengar lak kan?..hehe)
4. Tengok juga jenis orang yang nak bercakap tu..maksud saya dari segi umurnya, jantina (lelaki dan perempuan amat berbeza tahap sensitivitinya), atau hubungan dia dengan kita (maksudnya macam cikgu kita ker, bos ker, orang yang lebih tua atau muda dari kita etc). Jangan main belasah jer..ish-ish anak siapa la tu..Kena jugak menjaga dari segi kesopanan dan kesusilaan (rukun negara ke berapa tu?..hah cepat jawab).
5. Bercakap dari hati yang tulus dan bersikap humble..jangan berlakon ya..apa-apa pun biarlah ikhlas. Jangan lupa bila bercakap tu selitkan sedikit senyuman dan berikan perhatian kepada komunikasi kita tu. Mata anda dinasihatkan tidak memandang merata-rata bila bercakap..seperti ibu ayam mencari anaknya yang hilang (peribahasa ini baru dicipta..rasanya tidak sesuai ditiru untuk esei Bahasa Melayu di dalam peperiksaan PMR atau SPM)....Tak suka la kalau bercakap dengan orang macam ni. Respek sikit tau..hehe
6. Sense of Humor…paling PENTING. Ini akan memeriahkan suasana dan pastinya akan lebih menarik dan tertarik. Paling suka berkawan dengan orang yang kelakar dan pandai tackle kita ngan topik-topik menarik…tapi jangan buat lawak over..pening lak orang nak melayan…
7. Last but not least, hiasi peribadi dan jaga tingkahlaku…..dan bolehlah menyanyi lagu budi bahasa budaya kita…buat suara ala-ala Dato’ Siti Nurhaliza :)

No comments:

Post a Comment