Topik seterusnya yang nak share dengan semua adalah mengenai panahan cinta atau asmara..huh…cam jiwang-jiwang bunyinya.. tak boleh belah kan..emm memang saya nie adakalanya terlalu jiwang 99karat (gold 916)..hehehe..betul ker ada cinta pandang pertama? Atau dah banyak kali terpandang baru rasa macam anak panah dah terkena kat jantung…ish-ish kes berat nie.. nak tahu tak tanda-tanda bahawa kamu telah jatuh cinta..jom intai list kat bawah ni. Hmm siapa yang kena ya...
· Tetiap hari mesti kalau boleh nak sangat terserempak dengan dia. Tak kiralah dalam tren ker, kat kolej ker, dalam lif ker, kedai makan ker. Kalau boleh buat-buat terlanggar cam citer samarenda kat TV3.
· Kamu nie asyik nak busy body pasal diri dia jer kan.. semua nak ambil tahu. Mesti nak tahu tetiap hari dia pakai baju kaler apa, makan kat mana, kerja kat mana, tinggal kat mana..buat apa sekarang ni. Walhal orang lain tak kesah pun sebab nampak dia macam biasa jer..( mesti korang akan cakap “ ader aku kesah?”)
· Berjam-jam lamanya mengarang email atau SMS dan menyemak berkali-kali kot-kot la ada kesilapan ejaan atau ingin mencari ayat paling best. Padahal hanya nak bertanya apa khabar..kui..kui..kui
· Kamu beria-ria ketawa kalau dia buat lawak..padahal tak la lawak sangat..nak jaga hati ler tu konon..
· Cuba selidik minat dia apa dan kamu pun nak jugak try minat yang sama dengan dia. Konon-kononnyer cam serasi ler..padahal..ntah aper-aper la minat dia, tak kena langsung ngan taste kamu..haish!
· Sanggup cancel program dengan kawan-kawan sebab tetiba jer dia ajak kamu keluar..(ajak la dia join ngan kawan-kawan kamu tu..kalau dia betul ikhlas nak berkawan dengan kamu mesti dia ok jer..ada bran? )
· Kamu boleh jadi gila kalau tetiba dia hilang tanpa sebarang berita. Padahal dia bercuti satu hari jer..wo..wo..
· Runsingnya fikiran kamu sebab dia MC hari ini dan asyik memikirkan siapakah yang akan membawanya ke klinik atau menjaga dia..adakah dia sudah makan ubat etc..walaupun dah tau dia tinggal dengan famili dia dan mak dia ada di rumah untuk menjaganya.
· Kebetulan kamu pakai baju kaler sama hari tu. Hai macam ada kebun bunga dalam hati kamu sepanjang hari itu..(dalam hati ada taman ler tu).
· Tak tentu arah kamu dibuatnya jika terserempak dengan dia padahal nak sangat-sangat tengok muka dia… ish-ish malu-malu kucing lak..
· Pelik, hairan bin ajaib tetiba ajer macam nak tersebut nama dia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
· Kamu menjadi sangat frust bila mendapat tahu dia sudah ada yang punya atau menjadi sangat cemburu jika orang lain cuba ‘menekel’ (memikat) dia. (no worry, if dia memang ditakdirkan untuk kamu pasti dia akan kembali kepada kamu, jika tidak dia mungkin bukan untuk kamu..ada orang lain sedang menunggu kamu..yer la tu, nak sedapkan hati..huhuhu)
· Kamu asyik nak membandingkan kelebihan dia dengan orang lain, macam la dah tak ada orang lain lagi yang terbaik kat dunia yang fana ini.. helloo come on la…
· Kamu cuba menjelaskan perasaan kamu dengan lirik lagu-lagu cinta yang dirasakan hampir-hampir sama dengan keadaan kamu.(saya selalu berangan-angan macam ni- sah memang jiwang karat!)
· Kamu juga sering terfikir adakah dia juga sedang memikirkan pasal diri kamu sepertimana kamu sedang lakukan ini…alahai…”kenang daku dalam doamu”..cewaahh!
:)))
No comments:
Post a Comment