Lelaki adalah sangat berbeza dengan anda selaku seorang wanita dalam banyak aspek. Mereka mempunyai cara berfikir dan persona yang cukup bertentangan dengan kaum hawa.
Kelainan inilah yang kadang-kala menyebabkan berlakunya 'perlanggaran sifat' atau dalam bahasa english ‘collide’ antara satu sama lain. Jika perlanggaran ini tidak begitu serius, hubungan masih boleh di teruskan seperti normal, tetapi, jika ia membawa kepada perpisahan sudah pasti anda sendiri payah untuk menyelesaikannya.
Maka, di sebabkan inilah, adalah sangat penting untuk anda memahami teman lelaki atau suami anda dengan lebih baik. Tahu perilaku yang di sukai, masakan yang diminati, hadiah yang paling diingini. Semoga dia mudah tertawan dan sentiasa mengingati anda pada setiap masa.
Lelaki adalah makhluk tuhan mempunyai minat dan perlakuan yang berbeza. Kadang kala, orang menganggap perbezaan ini adalah baik. Sekurang-kurangnya boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Dan kerana itulah juga Hawa diciptakan untuk menemani Adam bukan?
Tetapi sedarkah anda, tanpa menyelami hati pasangan, anda mungkin akan akan menyebabkannya bosan dengan anda.
Bosan? Ini serius! Awas.
Mari baca beberapa perihal lelaki yang perlu wanita ambil tahu :-
Apabila seorang lelaki benar-benar sukakan anda, mereka suka mengacau anda, perli-perli dan mengata-ngata anda. Buat-buat benci, padahal teramat suka!
Sekiranya lelaki itu mencurahkan segala masalah yang dihadapinya kepada anda, lebih-lebih lagi tentang cinta. Dia sebenarnya memerlukan seseorang yang sanggup mendengar. Anda tidak perlu memberi cadangan. Juga jangan cepat merasa yang anda dikehendaki kerana perasaan dia di kala itu sebenarnya, tidak tentu arah.
Jika seorang lelaki sanggup melepaskan wanita pergi, sanggup membiarkan dia bercinta dengan orang lain, dia sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai wanita itu. Dialah lelaki yang sanggup berkorban apa saja demi anda!
Bila lelaki meraung-raung marah dan menangis di depan wanita, itu maknanya dia benar-benar mahu meluahkan perasaannya. Jika dia marah, dia benar-benar marah dan jika dia bersedih dan menangis, itu maknanya dia benar-benar sedih.