Tuesday, June 29, 2010

Kembara KL-Kuantan


Banner Kembara ADFIM KL - Kuantan 2010



Misi untuk mencari harta karun yang tersembunyi di sepanjang jalan menuju ke Kuantan..kami antara yang terpilih mewakili ofis sebab pernah menang beberapa kategori Treasure Hunt sebelum ini...

Di awal pagi berkumpul di ofis



Berposing dengan team FRU SME HUB..memperkenalkan dari kiri rozie, me, israq & linda


Nampak tak name tag group kami yang tergantung kat badan kami tu, agak blur sikit... ala-ala duta SME Hub 2010 ler tu.. ( kononnyer)..tapi betul la memang kami dilantik menjadi duta pun :)


Ucapan pembuka tirai dari Ketua Penganjur - ADFIM

Berdoa semoga semuanya selamat sampai ke Kuantan & misi ini berjaya

Snap dulu gambar wajah-wajah ceria kami sebelum memulakan perjalanan



Kira-kira jam 8.30 pagi kami flag-off dari ofis.



Tiba di lokasi pertama


Soalan Pertama


seriusnyer dorang ni :)




Yeay!!!...soalan pertama telah dijawab dengan mudah iaitu tahun berapakah kereta nasional Malaysia di keluarkan (proton saga)?..tara..jawapannya 1985... dengan bangga dan kuatnya suara kami memberi jawapan. Betul...yeh..yeh..Sepatutnya kena diam-diam sbb ini kan pertandingan.. habis team lain pun terdengar..tadinya sibuk membuka laptop mencari kat internet..dah terdengar agaknya jawapan kami..opss... :) ..Kena bawak telur yang sebijik nie sampai ke Kuantan nanti. Kami kena pastikan telur nie tak pecah...


Ini pulak soalan mencari nama-nama pokok...macam-macam nama ada seperti nama manusia..banyaknya!!..yang pening soalan diberi nama saintifik dan kena cari dalam nama tempatan..memang banyak nama pokok yang kami tak pernah dengar sebelum ini dan ambil tahu..contoh pokok raja berangkat, pokok bangun-bangun, cemomok dan macam-macam lagi..haa..pelik kan......berpeluh juga la kami mencari dari sepokok ke sepokok kat "name tag" pokok-pokok ni...pastu kami siap tanya orang-orang kat situ..Credit diberi pada Linda sebab dia memang ROCK la..peramahnyer dia... dan baiknya orang-orang disini memberi kerjasama sebab dah pening banyak la pokok kat dalam hutan nie.


Ni kat perhentian keretapi Mentakab..kat sini pun ader satu soalan kena jawab iaitu mencari nama stesyen sebelum dan selepas.

Kedai ahli silap mata- Kedai Snek Mr Magic


Kedai pelangi...kedai nie memang betul-betul tepi jalan pekan Gambang..sederet ngan kedai-kedai lain..tapi mungkin ader yang tak perasan sebabnyer hari itu kedai-kedai kat sini tutup...



Ini menara satelit kat Bandar Kuantan.. baru ku tahu rupa-rupanya di Kuantan ini sungguh banyak menara satelit...soalan diberi untuk kami mengira berapa banyakkah jumlah satelit berbentuk bulat? Mula-mula kami mengira kesemua satelit dibandar Kuantan ini..Mak oii banyaknyer..Takkan kot..Last-last baru kami terjumpa menara satelit yang paling besar ni..Lalu pada firasat kami mungkin inilah tempat yang betul untuk soalan ini...memang banyak juga satelit yang perlu dikira...jawapannya 29 biji.. huh..memang berbinar mata kami dek pancaran sinaran terik mentari hampir ke pukul 12.00 tengahari untuk melihat ke atas mengira satelit nie...



sederet kereta geng-geng kembara ...


Dah sampai kat Pantai Beserah kena jawab soalan terakhir tapi sebelum tu kena minum dulu.... dorang kata nie air budget... sedap wo menikmati sky juice di kala kepanasan!.. perghh!! nikmatnya tak terkira..


Bersama organizer Mr Isma Halil Hamzah...cheezzzz

Sempat berposing walaupun time nie tangah cari jawapan untuk soalan terakhir..

Apa yang tengah difikirkan itu?... macam serius jer..Ni dah sampai ke destinasi kami Villa Beach Resort Kuantan...jangan terpedaya kami sebenarnya nak check in ajer. Ni tengah mencari nombor bilik dan room mate masing-masing...dapat sebilik ngan Kak Rozie..best-best..tapi terpisah pula dengan Linda...sedih kami.. tapi last-last dapat jugak kami duduk sebilik sebab ader team yang nak tukar bilik.. so kami pindah ke bilik besar sket yang memuatkan kami bertiga...israq..kenalah diasingkan..bukan muhrim..hehe

Lega rasanya bila dah sampai..Walaupun hari agak panas tapi enjoy jugak lah sepanjang perjalanan walaupun memang penat sangat-sangat..



Lepas dah check in kami terus menuju mencari lunch disekitar pantai Beserah. Kelaparan tahap gaban!!


Aktiviti malam adalah makan-makan, mengumumkan nama-nama pemenang, postmortem kembara, acara bergambar dan karaoke...

makan time..

nie menu yang saya makan... memang banyak makanan malam nie..tapi tak termakan kesemuanya..




Masa untuk berhibur..pasangan duet.. alahai Turino..feeling nyer..tapi fathy kat sebelah sempat lagi buat posing "peace"

Israq memang diakui la..mana-mana ader karaoke memang tidak boleh dilepaskan... cayalah!!


la..ader jugak ker...penuh syahdu menyanyikan lagu Pelangi Petang... huhuhu


Dengan Isma Halil Hamzah


Beramai-ramai di pagi yang hening keesokkan harinya....


menahan terik mentari...


Terasa sungguh "memori" bila gambar black & white nie..


Dah nak balik KL dah...On the way balik ke KL sempat kami mencari kopok lekor..
bye-bye Kuantan
:)))

Sunday, June 27, 2010

Kisah Sebuah keinsafan...

Sangat menyentuh perasaan dengan kisah ini...

"Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap."Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!"
:)))

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi


Adakah jenis DARAH yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..

So..korang dalam kategori mana?...

;)

Flu & Onions



I remember when I was very young, if we got sick, my uncle would have us eat raw onions...sandwich, or just cut up!After reading this you will think that I have really lost it. However, this is a true story.

In 1919 when the flu killed 40 million people there was a doctor who visited the many farmers
to see if he could help them combat the flu. Many of the farmers and their families had contracted it and many died. The doctor came upon one farmer and to his surprise, everyone was very healthy. When the doctor asked what the farmer was doing that was different the wife replied that she had placed an unpeeled onion in a dish in the rooms of the home, (probably only two rooms back then). The doctor couldn't believe it and asked if he could have one of the onions and place it under the microscope. She gave him one and when he did this, he did find the flu virus in the onion. It obviously absorbed the bacteria, therefore, keeping the family healthy.

The moral of the story is, buy some onions and place them in bowls around your home or workplace. If you work at a desk, place one or two in your office or under your desk or even on top somewhere.
YOU HAVE NOTHING TO LOOSE :)