Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1432


~~~~SALAM R A M A D H A N~~~~


Hari ini tanggal 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1432H


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana telah dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dibulan mulia ini. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga, tetapi banyak perkara perlu diambil kira dan dijaga.Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut.


Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;


2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;


3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;


4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);


5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;


6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” ~ surah Al-Baqarah ayat : 183

Monday, July 26, 2010

:: Lelaki Oh Lelaki ::



Lelaki adalah sangat berbeza dengan anda selaku seorang wanita dalam banyak aspek. Mereka mempunyai cara berfikir dan persona yang cukup bertentangan dengan kaum hawa.


Kelainan inilah yang kadang-kala menyebabkan berlakunya 'perlanggaran sifat' atau dalam bahasa english ‘collide’ antara satu sama lain. Jika perlanggaran ini tidak begitu serius, hubungan masih boleh di teruskan seperti normal, tetapi, jika ia membawa kepada perpisahan sudah pasti anda sendiri payah untuk menyelesaikannya.


Maka, di sebabkan inilah, adalah sangat penting untuk anda memahami teman lelaki atau suami anda dengan lebih baik. Tahu perilaku yang di sukai, masakan yang diminati, hadiah yang paling diingini. Semoga dia mudah tertawan dan sentiasa mengingati anda pada setiap masa.


Lelaki adalah makhluk tuhan mempunyai minat dan perlakuan yang berbeza. Kadang kala, orang menganggap perbezaan ini adalah baik. Sekurang-kurangnya boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Dan kerana itulah juga Hawa diciptakan untuk menemani Adam bukan?


Tetapi sedarkah anda, tanpa menyelami hati pasangan, anda mungkin akan akan menyebabkannya bosan dengan anda.


Bosan? Ini serius! Awas.
Mari baca beberapa perihal lelaki yang perlu wanita ambil tahu :-


Apabila seorang lelaki benar-benar sukakan anda, mereka suka mengacau anda, perli-perli dan mengata-ngata anda. Buat-buat benci, padahal teramat suka!

Sekiranya lelaki itu mencurahkan segala masalah yang dihadapinya kepada anda, lebih-lebih lagi tentang cinta. Dia sebenarnya memerlukan seseorang yang sanggup mendengar. Anda tidak perlu memberi cadangan. Juga jangan cepat merasa yang anda dikehendaki kerana perasaan dia di kala itu sebenarnya, tidak tentu arah.


Jika seorang lelaki sanggup melepaskan wanita pergi, sanggup membiarkan dia bercinta dengan orang lain, dia sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai wanita itu. Dialah lelaki yang sanggup berkorban apa saja demi anda!

Bila lelaki meraung-raung marah dan menangis di depan wanita, itu maknanya dia benar-benar mahu meluahkan perasaannya. Jika dia marah, dia benar-benar marah dan jika dia bersedih dan menangis, itu maknanya dia benar-benar sedih.

:: Nisfu Syaaban ::

~ Nisfu Syaaban 2010 ~
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd Nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”

Sunday, July 25, 2010

:: Trouble Is A Friend ~ Lenka ::

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Andai Kumiliki Semalam ~ Search

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya
Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini
Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu
Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan
Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan...

Saturday, July 24, 2010

Difference Between "Somebody You LOVE" & Somebody You LIKE"

In front of the person you love, your heart beats faster.
But in front of the person you like, you get happy.
In front of the person you love, winter seems like spring.
But in front of the person you like, winter is just beautiful winter.
if you look into the eyes of the one you love, you blush.
But if you look into the eyes of the one you like, you smile.
In front of the person you love, you can't say everything on your mind.
But in front of the person you like, you can.
In front of the person you love, you tend to get shy.
But in front of the person you like, you can show your own self.
you can't look straight into the eyes of the one you love.
But you can always smile into the eyes of the one you like.
When the one you love is crying, you cry with them.
But when the one you like is crying, you end up comforting.
The feeling of love starts from the eye.
But the feeling of like starts from the ear.
So if you stop liking a person you used to like, all you need to do is cover your ears.
But If you try to close your eyes, love turns into a drop of tear and remains in your heart forever.

Thursday, July 22, 2010

CINTA OH CINTA!


Selalulah percaya kepada naluri you sendiri yang berhubung dengan minda you. Kerana naluri wanita amat kuat bagaikan berkait dengan lelaki yang akan atau bakal dicintai. Lebih-lebih lagi kalau sudah ada rasa sayang.

Cuba hela nafas yang panjang, pejamkan mata dan perlahan-lahan rasakan apakah naluri you berkata – apakah dia jujur, ikhlas atau sebaliknya. Selami jiwa dan minda you sedalam-dalamnya, rasakan, tanyakan….

* “Apakah dia jodoh aku atau dia hanya menyinggah di kala sepi sahaja?”
* “Mungkinkah dia bukan untuk aku?”
* “Apakah dia bakal pasangan aku untuk selama-lamanya?”
* “Apakah aku akan terkecewa cinta lagi jika aku teruskan bersamanya?”

If you kuat rasakan yang dia menipu…mungkin dia benar-benar menipu. Jika you rasakan yang dia bukan untuk you, mungkin benarlah dia BUKAN untuk you. Maybe susah untuk you membuang perasaan minat atau sayang kepadanya yang telah lama you minati. Tapi sampai bila?..kena cuba jugak lupakan dia...kuatkan semangat & keazaman!!!....Yes mesti lupakan dia if naluri kuat mengatakan dia tidak akan pernah ditakdirkan jadi milik you......
If you merasakan dia memang jodoh you... teruskanlah berusaha.. setiap kisah cinta pasti ada rintangannya.. betapa kuat you cuba pertahankannya..bertambah kuat lagi rintangan yang you terpaksa hadapi..

SUATU MASA


Tajuk/Lirik Lagu: Suatu Masa
Penyanyi: M.Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula

Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Wednesday, July 21, 2010

21 Perkara Perlu Ada Dalam Diri



PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


CL ~ Attitude is what life is all about

Jodoh


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.."Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi. "Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...
CL : Sesungguhnya Jodoh itu Rahsia Tuhan....

Tuesday, July 20, 2010

ERTI K E H I D U P A N SEBENARNYA


Kehadiran manusia pertama tidak terlepas dari asal usul kehidupan di alam semesta. Asal usul manusia menurut ilmu pengetahuan tidak dapat dipisahkan dari teori tentang spesis lain yang telah ada sebelumnya melalui proses evolusi. Evolusi menurut para ahli paleontology dapat dibahagikan menjadi empat kelompok berdasarkan tingkat evolusinya, iaitu :
Pertama, tingkat pra-manusia yang fosilnya ditemukan di Johanesburg Afrika Selatan pada tahun 1942 yang dinamakan fosil Australopithecus.
Kedua, tingkat manusia kera yang fosilnya ditemukan di Solo pada tahun 1891 yang disebut pithecanthropus erectus.
Ketiga, manusia purba, iaitu tahap yang lebih dekat kepada manusia modern yang sudah digolongkan jenis yang sama, iaitu Homo walaupun spesisnya dibezakan.
Fosil jenis ini di neander, kerana itu disebut Homo Neanderthalesis dan kerabatnya ditemukan di Solo (Homo Soloensis).
Keempat, manusia modern atau Homo sapiens yang telah pandai berpikir, menggunakan otak dan nalarnya.
Evolusionis menyatakan bahawa makhluk hidup membentuk diri mereka sendiri secara mandiri dari benda mati. Namun, ini adalah dongeng tahayul abad pertengahan yang bertentangan dengan hukum dasar biologi.
Bagi kebanyakan orang, pertanyaan "apakah manusia berasal dari kera atau tidak" muncul dalam fikiran mereka ketika teori Darwin disebutkan. Tapi sebelum membahas masalah ini, sebenarnya masih terdapat bermacam-macam pertanyaan yang harus dijawab oleh teori evolusi. Pertanyaan pertama adalah bagaimana makhluk hidup pertama muncul di bumi.
Evolusionis menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan bahawa makhluk hidup pertama adalah sel tunggal yang terbentuk dengan sendirinya dari benda mati secara kebetulan. Menurut teori ini, pada saat bumi masih terdiri atas bebatuan, tanah, gas dan unsur lainnya, suatu organisme hidup terbentuk secara kebetulan akibat pengaruh angin, hujan dan halilintar. Tetapi, pernyataan evolusi ini bertentangan dengan salah satu prinsip paling mendasar biologi: Kehidupan hanya berasal dari kehidupan sebelumnya, yang bererti benda mati tidak dapat memunculkan kehidupan.



SEL YANG MEMBELAH DIRI :- Hukum paling mendasar dari kehidupan adalah "kehidupan hanya berasal dari kehidupan". Suatu makhluk hidup hanya dapat muncul dari kehidupan sebelumnya. Kepercayaan bahawa benda mati dapat memunculkan kehidupan sebenarnya sudah ada dalam bentuk kepercayaan tahayul sejak abad pertengahan. Menurut teori ini, yang disebut "spontaneous generation", tikus diyakini dapat muncul secara alami dari gandum, atau larva lalat muncul "tiba-tiba dengan sendirinya secara kebetulan" dari daging. Saat Darwin mengemukakan teorinya, keyakinan bahawa mikroba dengan kemahuan sendiri membentuk dirinya sendiri dari benda mati juga sangatlah umum.

"LUMPUR YANG BERUBAH MENJADI MAKHLUK HIDUP"


Nama ilmiah dari gambar adalah "Bathybius Haeckelii", yang berarti "Lumpur Haeckel". Ernst Haeckel, seorang pendukung gigih teori evolusi, mencoba mengamati lumpur yang berhasil dikeruk dengan cawan dan menganggapnya sangat menyerupai sejumlah sel yang dilihatnya di bawah mikroskop. Berdasarkan pengamatan ini, ia menyatakan bahawa lumpur ini adalah materi tak hidup yang berubah menjadi organisme hidup. Haeckel dan rekaannya, Darwin, meyakini kehidupan memiliki struktur sederhana sehingga dapat terbentuk dari benda mati. Akan tetapi, ilmu pengetahuan abad ke-20 menunjukkan bahwa kehidupan tidak pernah dapat muncul dari sesuatu yang tak hidup.

Penemuan biologiwan Prancis, Louis Pasteur, mengakhiri kepercayaan ini. Sebagaimana perkataannya: "Pernyataan bahwa benda mati dapat memunculkan kehidupan telah terkubur dalam sejarah untuk selamanya".Setelah Pasteur, para evolusionis masih berkeyakinan bahwa sel hidup pertama terbentuk secara kebetulan. Namun, semua percubaan dan penelitian yang dilakukan sepanjang abad ke-20 telah berakhir dengan kegagalan. Pembentukan "secara kebetulan" sebuah sel hidup tidaklah mungkin terjadi, bahkan untuk membuatnya melalui proses yang disengaja di laboratorium tercanggih di dunia pun ternyata tidak mungkin.

SPONTANEOUS GENERATION: TAKHAYUL ABAD PERTENGAHAN

Di antara kepercayaan tahayul yang diyakini masyarakat abad pertengahan adalah benda mati dapat memunculkan kehidupan dengan sendirinya secara tiba-tiba. Saat itu diyakini, misalnya, katak dan ikan terbentuk dengan sendirinya dari lumpur di dasar sungai. Di kemudian hari terungkap, hipotesis yang dikenal sebagai "spontaneous generation (kemunculan tiba-tiba)" ini adalah kebohongan belaka. Akan tetapi, di kemudian hari dengan skenario yang sedikit berbeza, kepercayaan ini dihidupkan kembali dengan nama "teori evolusi".

Oleh kerananya, pertanyaan tentang bagaimana makhluk kehidupan pertama muncul telah menempatkan teori evolusi dalam kesulitan sejak awal. Salah satu tokoh utama pendukung teori evolusi tingkat molekuler, Prof. Jeffrey Bada, membuat pengakuan berikut ini:
Saat ini, ketika kita meninggalkan abad kedua puluh, kita masih dihadapkan pada masalah terbesar yang belum terpecahkan pada saat kita memasuki abad keduapuluh: Bagaimana kehidupan muncul pertama kali di bumi?

MITOS "EVOLUSI KIMIAWI" Evolusionis terkenal, Alexander Oparin, muncul dengan gagasan "evolusi kimiawi" di awal abad ke-20. Gagasan ini menyatakan bahwa sel hidup pertama muncul secara kebetulan melalui sejumlah reaksi kimia yang terjadi pada kondisi bumi purba. Akan tetapi, tak satu evolusionis pun, termasuk Oparin sendiri, yang mampu memberikan satu pun bukti yang mendukung gagasan "evolusi kimia". Sebaliknya, setiap penemuan baru di abad ke-20 menunjukkan kehidup-an terlalu kompleks untuk dapat terbentuk secara kebetulan. Evolusionis terkenal Leslie Orgel membuat pengakuan berikut ini: "(Dengan mempelajari struktur DNA, RNA, dan protein) seseorang mestinya berkesimpulan: ternyata kehidupan tidak akan pernah dapat terbentuk melalui reaksi-reaksi kimiawi."

Selain menggugurkan teori evolusi, hukum "kehidupan muncul dari kehidupan sebelumnya" juga menunjukkan bahawa makhluk hidup pertama muncul di bumi dari kehidupan yang ada sebelumnya, dan ini berarti ia diciptakan oleh Allah. Allah, Dia-lah satu-satunya Pencipta yang dapat menghidupkan benda mati. Dalam Al-Quran disebutkan, "Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup." (QS. Ar-Ruum, 30:19).

Bayangkan satu sel otak senantiasa berhubungan dengan sel-sel lainnya yang berjumlah hingga 10.000 sel. Jaringan komunikasi ini jauh lebih rumit dibanding seluruh unit penghubung telefon di dunia. Sebuah sel imunitas (kekebalan) menangkap sel-sel kuman yang memasuki tubuh. (Rujukan : Harun Yahya. Menyibak Takbir Evolusi)

Begitu Kompleks Allah mencipta manusia dan kehidupan alam ini sehinggakan berada diluar batasan pemikiran manusia. Subhanallah, Allahuakhbar!! Cubalah mencari seberapa banyak informasi mengenai kewujudan manusia supaya kita dapat berfikir bahawa kehidupan ini sebenarnya milik Allah S.W.T. Manusia adalah mahluk paling sempurna yang pernah diciptakan oleh Allah SWT. Kesempurnaan yang dimiliki oleh manusia merupakan suatu konsekuensi fungsi dan tugas mereka sebagai khalifah dimuka bumi. Manusia pada hakikatnya sama saja dengan mahluk hidup lainnya, yaitu memiliki hasrat dan tujuan. Ia berjuang untuk meraih tujuannya dengan didukung oleh pengetahuan dan kesedaran. Perbezaan diantara keduanya terletak pada dimensi pengetahuan, kesedaran dan keunggulan yang dimiliki manusia dibanding dengan mahluk lain. Manusia sebagai salah satu mahluk yang hidup di muka bumi merupakan mahluk yang memiliki karakter paling unik. Letak perbezaan yang paling utama antara manusia dengan makhluk lainnya adalah dalam kemampuannya melahirkan kebudayaan. Kebudayaan hanya manusia saja yang memilikinya, sedangkan binatang hanya memiliki kebiasaan-kebiasaan yang bersifat instinctif.

Firman Allah SWT :-

"Dan Allah menumbuhkan kamu sebagai suatu tumbuhan dari tanah, dan kemudian Dia akan mengembalikan kamu kepadanya, Dia akan mengeluarkan kamu lagi, sebagai suatu keluaran baru." (QS 71 :17-18).

"Bukankah (manusia) dahulu adalah sejumlah kecil sperma yang ditumpahkan? Kemudian ia menjadi sesuatu yang bergantung;lalu Allah membentuknya dalam ukuran yang tepat dan selaras." (QS 75:37-38)

"Kami bentuk hal yang menjadi segumpal daging yang digulung-gulung, dan segumpal daging itu Kami bentuk menjadi tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging yang utuh." (QS 23 14)

"(Tuhan) menganugerahkan bagimu pendengaran, penglihatan dan bahagian-bahagian dalam tubuh." (QS 32:9)

"Allah tidak menciptakan manusia kecuali untuk mengabdi kepadaNya."

Rindu Itu Indah Ker?

Sepi itu rindu? Macam maner rasa rindu? Rindu tu rasa macam jantung sakit sangat. Rasa macam ditikam-tikam...Ada juga rasa macam ada seekor kumbang yang tengah tebuk lubang dalam jantung kamu. Lepas tu rase macam ade cecair yang nak terkeluar dari mata kamu. Lagi ditahan cecair tu dari keluar, lagi kuat kumbang tu menggerudi jantung kamu... Macam tu la rase rindu. Memang tak best langsung. Serius sakit.... lemas dan rimas..kadang-kadang boleh jadi gila.. sebab tu ader orang cakap.."i miss u like crazy"..Tapi apesal ada orang cakap rindu itu indah yea? Indah ker? Hmmm.... Hanya orang yang mengalaminya sahaja tahu betapa indah atau tidak rindu itu..terserahlah kepada masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Kadang-kadang terfikir jugak mengapa kita perlu rindu..mengapalah rindu itu datang..Rindu pada seseorang... hmmm???...Adakah disana juga ada perasaaan rindu yang sama? Tak tahu dimana sahaja perlu disorokkan perasaan rindu yang menebal itu..Rasanya mahu sahaja lari daripada perasan rindu itu..Macam nak berlari ajer sejauh-jauhnya macam kena kejar dengan hantu, tetapi semakin jauh kita berlari, perasaan rindu itu terasa semakin terlalu dekat pula..Hebatnya perasaan ini sehinggakan tidak mampu dibuang jauh-jauh..Bila terdengar lagu-lagu romantika terasa macam ader kene mengena lak dengan diri sendiri :)..Kalau tak percaya cubalah hayati setiap ayat di dalam lagu Yuna Dan Sebenarnya ini....

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya
cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu.. kau juga merindui aku.....oh

CL : Betul Tak?????

Sunday, July 18, 2010

Cenderawasih The Golden Phoenix

Tahukah anda mengenai burung cenderawasih atau burung Phoenix? Sampai sekarang saya masih keliru antara kedua-duanya. Ada yang mengatakan kedua-dua nama ini sebenarnya adalah burung yang sama. Pada pendapat saya mungkin ada beberapa spesis burung-burung ini dan spesis yang diceritakan di dalam kisah mitos atau lagenda yang sering kita dengar berkemungkinan tidak sama dengan jenis spesis yang pernah kita lihat(???). Wallahualam. Walaubagaimanapun, apa yang nak sangat dikongsikan diblog ini adalah keterujaan saya & amat tertarik apabila terbaca mengenai kisah istimewanya burung ini. Pelbagai mitos mengenai burung ini juga wujud mungkin disebabkan keistimewaan dan keunikannya. Ada yang mengatakan burung cenderawasih ini kepalanya berwarna emas dan ekornya berwarna putih bersih. Ada pula mengatakan burung ini memiliki bulu yang berwarna-warni yang amat cantik. Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan, burung ini lebih terkenal dikalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan 'Bird of Paradise'. Sehingga kinipun pelbagai mitos turun menurun dari satu generasi ke generasi bercerita mengenai burung ini. Ada diceritakan bahawasanya burung ini adalah burung syurga yang makanannya hanya embun di awan. Memang banyak keistimewaan burung ini daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana 'tuahnya'. Burung cenderawasih digunakan sebagai 'pelaris'. Samaada pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Ada juga cerita yang mengatakan burung ini adalah burung yang berasal dari kayangan. Mengikut sejarah juga ia hanya dimiliki oleh kerabat-kerabat di istana sahaja kerana amat sukar diperolehi. Menurut cerita orang tua dulu-dulu, burung cenderawasih atau phoenix ini juga dikatakan akan membawa tuah kepada sesiapa yang memilikinya. Selain itu, jika dimakan dagingnya akan dapat menyembuhkan sakit-sakit di dalam badan. Otaknya jika dimakan orang itu akan menjadi cerdik dan bijak berbicara (bukan macam murai..hehehe). Manakala ekornya yang panjang jika dibuat gelang dan dipakai akan menjadi hebat dan kasihani orang. Menurut di dalam kitab Melayu lama, jika burung ini turun ke bumi dan terpijak tanah maka berakhirlah riwayatnya. Menariknya, bangkainya tidak reput seperti burung-burung lain.

Saya ada juga terbaca kisah mitos burung phoenix yang dirinya akan terbakar setiap kali ia kecewa atau berduka. Tetapi selepas itu ia akan hidup semula dan begitulah pusingan hidupnya berulang-ulang. Ada yang mengatakan burung ini boleh hidup sehingga 1000 tahun.. Menarik bukan. Menurut mitos yang kisahnya begini, pada zaman dahulu kala ada seekor ( seekor bukan seorang sebab ia kategori haiwan..yes..) Puteri Burung Phoenix yang teringin sangat untuk menjenguk ke bumi dan amat teruja untuk melihat isi alam kehidupan dibumi yang berbeza dari kayangan tempat asalnya.

Maka ia pun terbanglah ke beberapa lapisan langit dibumi sehingga ternampak seekor helang yang amat menarik perhatiannya. Lalu Puteri Burung Phoenix itu telah jatuh cinta kepada helang tersebut yang dilihatnya berterbangan dengan gagah dibumi. Ketika ia cuba menghampiri tetiba datang seekor helang lain ternyata kekasih si helang tadi datang dan terbang bersama-sama dengan penuh gembiranya.

Lalu Si Puteri Burung Phoenix inipun berasa kecewa dan sedih yang teramat. Dan pada ketika itu Si Puteri Burung Phoenix merasakan dirinya pedih sehinggakan terasa bahang panas di dalam diri. Kesian Si Puteri Burung Phoenix meraung kesakitan sehingga bergegar seluruh isi alam. Manakala bulu-bulu dibadannya yang cantik itu bertukar sedikit demi sedikit menjadi hitam lalu terbakar seluruh tubuhnya sehingga menjadi abu. Ajaibnya, tiba-tiba (standard mmg selalu start ayat tiba-tiba bila nak bagi suspen cerita...hehe) abu tersebut bercantum dan Puteri Burung Phoenix hidup semula. Maka iapun teringat kembali tentang kisah kegagalan cintanya kepada si helang. Lalu ia pun pergilah mencari si helang kekasih hatinya itu. Tetapi malangnya setiap kali ia terjumpa si helang tersebut, setiap kali itulah dia melihat si helang tadi bersama kekasihnya. Si Puteri Burung Phoenix sangat sedih. Lalu keadaan yang sama berlaku berulang-ulang kepada diri Si Puteri Burung Phoenix sehinggakan dia berasa begitu pelik mengapa setiap kali dia sedih atau kecewa mesti dirinya terbakar tetapi kemudian hidup semula. Selepas itu, dia nekad tidak mahu kecewa lagi dan mengejar sesuatu yang tidak mampu dimilikinya dan bukan miliknya kerana dia tidak mahu membakar dirinya lagi. Biarlah dia membawa dirinya terbang ke tempat yang disukai dan mengembirakan hatinya. Sekian.

Okay, moral of the story.. relakah kita membakar diri sendiri kerana melihat kekasih kita dimiliki oleh orang lain atau rela melepaskan sahaja dia kerana tidak mungkin akan menjadi milik kita kerana kekecewaan akan yang kita alami akan membakar diri kita akhirnya seperti kisah Puteri Burung Phoenix itu. Atau pergilah mencari cinta sejati....jangan berhenti mencari cinta sejati... Takkan Allah sentiasa membuat diri kita terseksa selama-lamanya.. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... Berdoalah kepadaNYA. Cinta sejati itu akan datang jua akhirnya.. Mungkin Tuhan menguji kita untuk berjumpa dengan beberapa orang yang kita sayangi tetapi bukan milik kita, tetapi penghujungnya kita ditemukan dengan insan yang benar-benar menyintai kita sepenuh jiwa raganya dan menghargai cinta kita kepadanya...

Percaya atau tidak :- Burung cenderawasih hanya dijumpai di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini. Walaupun burung ini telah diawet harganya mampu mencecah ribuan dan jutaan ringgit!
Komen CL : "Cerita mengenai Burung Cendewasih or Burung Phoenix ini memang legend! "

Thursday, July 15, 2010

LeTTer To a MaN


I Just Need To Be Loved

~ The Trouble With Love Is ~

by Kelly Clarkson

oooh...ooh yeah mmmm


Love can be a many splendid thing


Can't deny the joy it brings


A dozen roses


Diamond rings


Dreams for sale


And fairy tales


It'll make you hear a symphony


And you'll just want the world to see


But like a drug that makes you blind


It'll fool you every time


The trouble with love is


It can tear you up inside


Make your heart believe a lie


It's stronger then your pride


The trouble with love is


It doesn't care how fast you fall


And you can't refuse the call


See you've got no say at all


Now I was once a fool it's true


I played the game by all the rules


But now my world's a deeper blue


I'm sadder but I'm wiser too


I swore I'd never love again


I swore my heart would never mend


Said love wasn't worth the pain


But then I hear it call my name


The trouble with love is


It can tear you up inside


Make your heart believe a lie


It's stronger then your pride


The trouble with love is


It doesn't care how fast you fall


And you can't refuse the call


See you've got no say at all


Every time I turn aroundI think


I've got it all figured out


My heart keeps calling


And I keep on falling


Over and over again


This set story always ends the same


Me standing in the pouring rain


It seems no matter what


I doIt tears my heart in two


The trouble with love is (the trouble with love)


It can tear you up inside (it can tear you up inside)


Make your heart believe a lie


(Make your heart believe a lie)


It's stronger then your pride


(The trouble with love is)


It's in your heart it's in your soul


(It doesn't care how fast you fall)


Your losing your control


(And you can't refuse the call)


See you've got no say at all


The trouble with love is


(Oooh yeah)


It can tear you up inside


Make your heart believe a lie


(the trouble with love..)

~Luv CL~

I M A G I N E

Imagine there's no heaven

It's easy if you try

No hell below us

Above us only sky

Imagine all the people

Living for today...

Imagine there's no countries

It isn't hard to do

Nothing to kill or die for

And no religion too

Imagine all the people

Living life in peace...

You may say I'm a dreamer

But I'm not the only one

I hope someday you'll join us

And the world will be as one

Imagine no possessions

I wonder if you can

No need for greed or hunger

A brotherhood of man

Imagine all the people

Sharing all the world...

You may say I'm a dreamer

But I'm not the only one

I hope someday you'll join us

And the world will live as one


s t o r i e s


Wednesday, July 14, 2010

Jom Lipat Kain

Haa... sesiapa yang agak-agak tak berapa reti nak lipat kain especially baju T nak bagi nampak kemas..buatlah mesin nie..D.I.Y.. nampak macam senang dan sangat-sangat intresting... jom tengok video nie cara-cara membuat acuan ( boleh la dikatakan) dan melipat baju dengan teknik yang amat mudah..

Luv CL :)

Tuesday, July 13, 2010

Perasaan Apakah Ini?

Perasaan MARAH, BENCI, MENYAMPAH, MERAJUK, SEDIH, KECEWA dan macam-macam lagi seangkatan dengannya yang membuatkan jiwa menjadi tak tentu arah, hampa, kosong, meronta, tertekan, luluh dan peritnya yang maha sakit. Walaupun dicuba berkali-kali melenyapkan segala kedukaan tersebut dan merawat lukanya hampir setiap hari tetapi bayangan kisah sedih itu tetap menghantui. Kadang-kadang terfikir walaupun cuba menjadi yang terbaik dan berbuat baik tetapi mengapakah balasannya tidak seperti yang diimpikan. Walaupun mungkin tidak mengharapkan balasan cuma mengharapkan supaya hati tidak disakiti atau dihancuri. Kepada Tuhan dahi disujud dan dipanjatkan doa setiap hari memohon supaya dicekalkan hati menempuh segala ujianNYA. Sekuatmana pun hati tidak terdaya juga menahan limpahan kolam air mata. Kata orang " forgive and forget". Mungkin sesetengah orang boleh memberi kemaafan dan melupakannya tetapi mampukah melupakan semua yang telah berlaku terutamanya jika melibatkan hati dan perasaan kerana hati yang dilukai tidak akan pernah melupai.