
Saya ada juga terbaca kisah mitos burung phoenix yang dirinya akan terbakar setiap kali ia kecewa atau berduka. Tetapi selepas itu ia akan hidup semula dan begitulah pusingan hidupnya berulang-ulang. Ada yang mengatakan burung ini boleh hidup sehingga 1000 tahun.. Menarik bukan. Menurut mitos yang kisahnya begini, pada zaman dahulu kala ada seekor ( seekor bukan seorang sebab ia kategori haiwan..yes..) Puteri Burung Phoenix yang teringin sangat untuk menjenguk ke bumi dan amat teruja untuk melihat isi alam kehidupan dibumi yang berbeza dari kayangan tempat asalnya.

Maka ia pun terbanglah ke beberapa lapisan langit dibumi sehingga ternampak seekor helang yang amat menarik perhatiannya. Lalu Puteri Burung Phoenix itu telah jatuh cinta kepada helang tersebut yang dilihatnya berterbangan dengan gagah dibumi. Ketika ia cuba menghampiri tetiba datang seekor helang lain ternyata kekasih si helang tadi datang dan terbang bersama-sama dengan penuh gembiranya.

Lalu Si Puteri Burung Phoenix inipun berasa kecewa dan sedih yang teramat. Dan pada ketika itu Si Puteri Burung Phoenix merasakan dirinya pedih sehinggakan terasa bahang panas di dalam diri. Kesian Si Puteri Burung Phoenix meraung kesakitan sehingga bergegar seluruh isi alam. Manakala bulu-bulu dibadannya yang cantik itu bertukar sedikit demi sedikit menjadi hitam lalu terbakar seluruh tubuhnya sehingga menjadi abu. Ajaibnya, tiba-tiba (standard mmg selalu start ayat tiba-tiba bila nak bagi suspen cerita...hehe) abu tersebut bercantum dan Puteri Burung Phoenix hidup semula. Maka iapun teringat kembali tentang kisah kegagalan cintanya kepada si helang. Lalu ia pun pergilah mencari si helang kekasih hatinya itu. Tetapi malangnya setiap kali ia terjumpa si helang tersebut, setiap kali itulah dia melihat si helang tadi bersama kekasihnya. Si Puteri Burung Phoenix sangat sedih. Lalu keadaan yang sama berlaku berulang-ulang kepada diri Si Puteri Burung Phoenix sehinggakan dia berasa begitu pelik mengapa setiap kali dia sedih atau kecewa mesti dirinya terbakar tetapi kemudian hidup semula. Selepas itu, dia nekad tidak mahu kecewa lagi dan mengejar sesuatu yang tidak mampu dimilikinya dan bukan miliknya kerana dia tidak mahu membakar dirinya lagi. Biarlah dia membawa dirinya terbang ke tempat yang disukai dan mengembirakan hatinya. Sekian.
Okay, moral of the story.. relakah kita membakar diri sendiri kerana melihat kekasih kita dimiliki oleh orang lain atau rela melepaskan sahaja dia kerana tidak mungkin akan menjadi milik kita kerana kekecewaan akan yang kita alami akan membakar diri kita akhirnya seperti kisah Puteri Burung Phoenix itu. Atau pergilah mencari cinta sejati....jangan berhenti mencari cinta sejati... Takkan Allah sentiasa membuat diri kita terseksa selama-lamanya.. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... Berdoalah kepadaNYA. Cinta sejati itu akan datang jua akhirnya.. Mungkin Tuhan menguji kita untuk berjumpa dengan beberapa orang yang kita sayangi tetapi bukan milik kita, tetapi penghujungnya kita ditemukan dengan insan yang benar-benar menyintai kita sepenuh jiwa raganya dan menghargai cinta kita kepadanya...
Percaya atau tidak :- Burung cenderawasih hanya dijumpai di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini. Walaupun burung ini telah diawet harganya mampu mencecah ribuan dan jutaan ringgit!
Komen CL : "Cerita mengenai Burung Cendewasih or Burung Phoenix ini memang legend! "
No comments:
Post a Comment