Tuesday, July 13, 2010

Perasaan Apakah Ini?

Perasaan MARAH, BENCI, MENYAMPAH, MERAJUK, SEDIH, KECEWA dan macam-macam lagi seangkatan dengannya yang membuatkan jiwa menjadi tak tentu arah, hampa, kosong, meronta, tertekan, luluh dan peritnya yang maha sakit. Walaupun dicuba berkali-kali melenyapkan segala kedukaan tersebut dan merawat lukanya hampir setiap hari tetapi bayangan kisah sedih itu tetap menghantui. Kadang-kadang terfikir walaupun cuba menjadi yang terbaik dan berbuat baik tetapi mengapakah balasannya tidak seperti yang diimpikan. Walaupun mungkin tidak mengharapkan balasan cuma mengharapkan supaya hati tidak disakiti atau dihancuri. Kepada Tuhan dahi disujud dan dipanjatkan doa setiap hari memohon supaya dicekalkan hati menempuh segala ujianNYA. Sekuatmana pun hati tidak terdaya juga menahan limpahan kolam air mata. Kata orang " forgive and forget". Mungkin sesetengah orang boleh memberi kemaafan dan melupakannya tetapi mampukah melupakan semua yang telah berlaku terutamanya jika melibatkan hati dan perasaan kerana hati yang dilukai tidak akan pernah melupai.

No comments:

Post a Comment